Utama

Terakhir Dikemaskini

 April 15, 2013, 10:12 am 

Kalendar

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup

Statistik Pengguna

Lawat Semalam: 7
Lawat Hari Ini: 0
Jumlah Pelawat: 15661
Maklumat PJK

 
 
PUSAT JALUR LEBAR KOMUNITI

Felda Lubuk Merbau, Padang Terap

Image

Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) Felda Lubuk Merbau, Padang Terap, Kedah Darul Aman mengucapkan selamat datang dan ribuan terima kasih kepada anda yang sudi melawat laman web kami. Pusat Jalur Lebar Komuniti merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama TM Bhd dan MSD Digital Intelligence, yang bertujuan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat. Sebanyak 12 Pusat Jalur Lebar Komuniti untuk Fasa Rintis, 73 pusat untuk Fasa 1, 52 pusat untuk Fasa 2 dan 31 pusat untuk Fasa Felda telah diwujudkan di seluruh Malaysia bagi mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian mereka.
 
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhasrat menjadikan PJK Felda Lubuk Merbau sebagai rangkaian utama kepada setiap lapisan komuniti melalui rangkaian internet sedia ada seperti kerajaan elektronik, rangkaian sekolah-sekolah (SchoolNet), klinik, perpustakaan dan sebagainya ke arah mewujudkan suatu Rangkaian Komuniti Berpengetahuan (Knowledge Community Centre). Hasrat ini sejajar dengan wawasan negara untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bermaklumat menjelang tahun 2020. Selain itu, ia juga sejajar dengan kepesatan perkhidmatan teknologi maklumat, kementerian berhasrat menjadikan PJK sebagai pusat untuk pelbagai perkhidmatan seperti berikut :

   1. E-Perkhidmatan Kerajaan (e-Government)
   2. E-Pembelajaran (e-Learning)
   3. Pengumpulan dan Pertukaran Maklumat
   4. Pusat Komunikasi
   5. Pusat Pembangunan Aplikasi berdasarkan Perkongsian Perisian
   6. Pusat Peperiksaan dan Persijilan.
   7. Khidmat nasihat yang berkaitan dengan ICT
 
 
 
Terakhir dikemaskini ( Isnin, 15 April 2013 )
Baca lagi...
 
Maklumat Am
 Image
 Pejabat Felda Lubuk Merbau

Pentadbiran Felda Lubok Merbau

Image 

Felda Lubok Merbau merupakan salah satu tanah rancangan yang dibuka oleh Felda semenjak 1968 dan jumlah penduduk asal pada waktu itu seramai 1,560 orang. Punca pendapatan asal penduduk Felda Lubok Merbau ialah hasil daripada menoreh getah. Kini, jumlah penduduk di Felda Lubok Merbau telah meningkat kepada 7,230 orang dan hasil pendapatan pula adalah dari pelbagai pekerjaan dan industri seperti kelapa sawit, industri desa, pembuatan, serta hasil-hasil pertanian lain lagi. Keluasan kawasan Felda Lubok Merbau ialah 10,143 ekar persegi.

Felda Lubok Merbau adalah termasuk dalam Daerah Padang Terap dan bandar terdekat adalah pekan Pendang (40km). Populasi di kawasan ini adalah terdiri daripada 100% Melayu dan purata setiap isi rumah adalah seramai 7 orang. PJK Lubuk Merbau terletak di Felda Lubuk Merbau dalam Daerah Padang Terap, Kedah. PJK ini terletak kira-kira 40 kilometer atau mengambil masa 45 minit dari bandar Pendang. Felda Lubuk Merbau diteroka pada tahun 1966 dan mula diduduki peneroka pada tahun 1968. Jumlah kediaman untuk peneroka adalah sebanyak 780 buah rumah. Jumlah penduduk pada masa kemasukan adalah seramai 1,560 orang. Pengurus Felda pada masa kini ialah En. Abdul Sukur Jalaluddin. Penduduk Felda Lubuk Merbau merupakan peneroka yang mengusahakan tanaman getah dan kelapa sawit dan diuruskan oleh FELDA. Di samping itu, penduduk di sini juga turut menjalankan aktiviti pertanian, perikanan, penternakan dan Industri Kecil dan Sederhana (IKS).

Terakhir dikemaskini ( Khamis, 06 September 2012 )
Baca lagi...
 
Sejarah

SEJARAH NEGERI


Image   Ramai sejarahwan yang menganggap Kedah sebagai negeri yang tertua di Tanah Melayu. Pendapat ini diasaskan kepada penemuan arkeologi yang terdapat di kawasan-kawasan terbabit di Kedah yang membuktikan adanya penempatan-penempatan secara teratur semenjak kurun ke-4 lagi. Daripada penemuan-penemuan arkeologi, pernah dijumpai bukti yang menunjukkan bahawa kawasan utara semenanjung telah didiami manusia purba sejak zaman 'Pleistocene' lagi. Antara alat-alat yang dijumpai termasuklah bahan bercucuk tanam. Daripada kajian yang dibuat, didapati bahawa penduduk- penduduk di kawasan tersebut pada ketika itu terdiri daripada golongan orang-orang Melayu-Proto (Proto-Malaya). Mereka hidup dengan menjalankan kerja- kerja bertani di kawasan pedalaman rendah terutamanya di tepi-tepi sungai. Penduduk-penduduk awal itu mula menunjukkan kemajuan apabila mereka menggunakan alat-alat yang dibuat daripada logam.

Terakhir dikemaskini ( Khamis, 06 September 2012 )
Baca lagi...